: Format Kertas Pendidikan Moral :

NAMA KERTAS : PENDIDIKAN MORAL
KOD KERTAS    : 1225/1
MASA                  : 2 JAM 30 MINIT


Bentuk Penyoalan
80 markah =  8 x 10 markah (8 soalan struktur - wajib jawab semua soalan)
20 markah =  2 x 20 markah (3 soalan esei - wajib jawab 2 soalan)

Pengurusan masa (150 minit)
Soalan Struktur: Gunakan 11/12 minit untuk setiap soalan = 100 minit
soalan esei        : Gunakan 20 minit untuk setiap soalan      = 40 minit
Baki 10 minit boleh digunakan untuk menyemak jawapan atau untuk menawab soalan-soalan yang agak sukar

Bentuk Penyoalan

Bahagian A: Soalan Struktur

Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah:
o nilai, definisi nilai, penjelasan nilai
o akta, dasar, tokoh, organisasi, badan kerajaan, perjanjian/konsep
o isu semasa (isu, punca, kesan, cara mengatasi)

Bagi menjawab soalan di atas, pelajar mesti hafal nilai, definisi/kata kunci nilai, dan penjelasan nilai.
Contoh penyoalan:
o Nyatakan nilai/tokoh/kesan/organisasi/konsep/dasar/punca dll …………….
o Berikan maksud nilai …………….
o Berikan definisi nilai ……………..
o Huraikan nilai/kesan/punca.akibat dll………….
o Jelaskan nilai/kesan/akibat/punca dll……………
o Terangkan nilai/kesan/akibat/punca dll……………

Bahagian B: Soalan Esei

Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah huraian nilai berdasarkan:

  •  isu
  • situasi
  • ilustrasi
  • petikan akhbar
  • puisi
  • dsb

: Panduan Penyusunan Laporan Folio :

PANDUAN PENYUSUNAN LAPORAN KERJA AMAL


A: Bilangan aktiviti

Calon mesti menjalankan 4 aktiviti

  • 2 aktiviti berkaitan Bidang Alam Sekitar
  • 1 aktiviti berkaitan Bidang kekeluargaan
  • 1 aktiviti berkaitan Perkembangan Diri
B: Penyediaan dan Penyusunan Folio
Kulit luar folio
  • Nama dan alamat sekolah
  • Kod sekolah
  • Nama mata pelajaran
  • Tajuk folio
  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Angka giliran
  • Nama guru pentaksir

Bahagian dalam folio
  • Isi kandungan
  • Kulit Tugasan Harian (menyatakan kelapan-lapan tajuk laporan tugasan harian)
  • Laporan tugasan harian 1 hingga 8 (disusun mengikut urutan seperti di kulit tugasan harian)
  • Kerja amal 1
  • Kerja amal 2
  • Kerja amal 3
  • Kerja amal 4

Perkara-perkara yang perlu diambil kira

  • Tajuk tugasan
  • Tajuk aktiviti
  • susunan folio
  • lampiran bukti
  • kekemasan
  • mematuhi ketepatan masa
  • kebersihan folio
  • kekemasan tulisan
  • kekemasan penyusunan folio
C: Penglibatan dan Peranan - berdasarkan laporan aktiviti

  • menyumbang tenaga
  • menyumbang idea
  • meluangkan masa
  • bertanggungjawab
  • rajin
  • kerjasama
  • kepimpinan
  • toleransi
  • prihatin
  • mengawal keadaan

(calon perlu nyatakan peranan dan ciri-ciri di atas di dalam laporan aktiviti)

D: Kesan (mesti dinyatakan di dalam laporan)

Kesedaran (mengetahui dan memahami keadaan yang sebenarnya selepas menjalankan kerja amal)


Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya sedar bahawa setiap manusia memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Insaf (mamahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran dalam diri sendiri)

Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya insaf bahawa bukanlah senang untuk ibu saya menyediakan makanan untuk kami sekeluarga, dan saya akan cuba untuk membantu ibu saya memasak.

Iktibar (pengajaran atau teladan yang pelajar perolehi selepas menjalankan kerja amal)

Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya mendapat iktibar bahawa saya perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan bapa

Perubahan sikap (perubahan sikap yang dialami pelajar selepas menjalankan aktiviti)

Contoh: Setelah selesai menjalankan aktiviti kerja amal di rumah anak-anak yatim tersebut, saya merasai perubahan sikap dalam diri saya. Saya mulai prihatin terhadap nasib orang-orang yang kehilangan anggota keluarga.

E: Penyediaan Bahan Bukti

Sekurang-kurangnya 1 keping gambar bagi setiap aktiviti
1 sijil penghargaan atau surat akuan bagi setiap aktiviti

: Panduan Menjawab Soalan SPM :

Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu cadangkan pelajar semua pastikan telah menguasai formula tersebut sebelum menduduki peperiksaan.

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai

Untuk menjawab soalan ini mesti mahir:
  • kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan
  • hafal definisi nilai atau kata kunci
  • kaitkan definisi dengan situasi soalan
Contoh soalan

Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai)

1. Nyatakan  satu nilai yang diamalkan oleh Anita (1 markah)
2. Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (1 markah)
3. Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (2 markah)
4. Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah)

Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah)

1. Nyatakan maksud nilai yang di atas (2 markah)
2. Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah)
3. Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a) (4 markah)
4. Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas (2 markah)

Huraikan/jelaskan/terangkan (2/3 markah) 

1. Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (2 markah)
    Jawab dalam 2 ayat sahaja. (Ka+N. Gn+kk+T/I.)
2. Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (3 markah)
    Jawab dalam 3 ayat. (Ka+N. Gn+kk+T/I. contoh/how.)
3. Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (4 markah)
    Jawab 2 ayat untuk setiap nilai. (Ka+N1. Gn+kk+T/I. Ka+N2. Gn+kk+T/I.)

2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5

Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti berikut:
  • Akta
  • Dasar
  • Nama-nama pertubuhan
  • Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah
  • Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah
  • Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah 
Contoh soalan

Berikan/senaraikan/nyatakan nama/akta/watak/organisasi dll
1. Berikan satu agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna. (1 markah)
2. Senaraikan tiga badan bukan kerajaan yang membela hak pengguna (3 markah)
3. Nyatakan satu organisasi dunia yang melindungi haiwan. (1 markah)
4. Senaraikan dua tokoh sukan negara yang kamu tahu. (2 markah)
5. Nyatakan satu akta yang melarang kita membocorkan maklumat sulit kerajaan. (1 markah)

Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkan cara/kesan/kepentingan/punca ......
1. Cadangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (1 markah)
2. Senaraikan dua kesan pencemaran alam. (2 markah)
3. Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (3 markah)
4. Berikan dua punca pencenaran alam. (2 markah)

Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkan cara/kesan/kepentingan/punca/ .....
1. Bincangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (2 markah)
    Cara. How/why.
2. Jelaskan dua kesan pencemaran alam. (4 markah)
    Kesan 1. How/why. Kesan 2. Cara/why.
3. Huraikan satu kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (2 markah)
    Kepentingan. How/why.
4. Terangkan dua punca pencenaran amal. (4 markah)
    Punca 1. How/why. Punca 2. How/why.


JAUHI KESILAPAN DI BAWAH

Penulisan Nilai
  • kemampanan alam sekitar
  • hemat tinggi
  • telaransi
  • teloransi
  • kesederhaan
  • tanggungjawab
  • menghargai dan menyayangi alam sekitar
  • cintai akan negara
  • cinta kepada negara
  • mematuhi undang-undang dan peraturan
  • kasih sayang kepada keluarga
  • hormat dan taat kepada keluarga
  • menghormati hak golongan kurang upaya
  • sikap terbuka
  • berhemah tinggi
  • percaya kepada tuhan
  • melibatkan diri dalam pembangunan negara
  • mematuhi peraturan & undang2
  • b/jawab
  • peka terhdp isu2 a.sekitar
  • keharmonian ant m"sia dgn a. sekitar
Cuba pelajar sekalian betulkan kesemua kesilapan di atas

Latihan menjawab soalan struktur
Sebelum menjawab:
  1. Teliti situasi dengan teliti dan kenal pasti karektor (KA) dan tindakan (T).
  2. Kenal pasti nilai (N) dan kata kunci (kk) nilai berdasarkan tindakan.
  3. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas.
  4. Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)
Formula Menjawab soalan nilai:
2 markah = KA + N. Gn + kk + T.
3 markah = KA + N. Gn + kk + T. How.

Contoh 1: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T.
Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Nicole (2 markah)

KA: Nicole
Gn: dia
T: menyelamatkan anak kucing
Nilai: kasih sayang
kk: perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas
Ayat 1: Nicole mengamalkan nilai kasih sayang.
Ayat 2: Dia ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang lahir dari hati yang ikhlas, dengan menyelamatkan anak kucing.

Penulisan jawapan:
Nicole mengamalkan nilai kasih sayang. Dia ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari yang ikhlas, dengan menyelamatkan anak kucing.

Contoh 2: 3 markah
Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti.
Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)
KA: Rakyat Malaysia
Gn: kami  (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami)
T: berusaha menaikkan nama negara
N: Cinta akan negara
kk: perasaan sayang & bangga kepada negara & meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Ayat 1: Rakyat Malaysia mempamerkan nilai cinta akan negara.
Ayat 2: Kami sayang & bangga kepada negara & meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan berusaha menaikkan nama negara
Ayat 3: Contohnya menyertai & memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Penulisan jawapan:
Rakyat Malaysia mempamerkan nilai cinta akan negara. Kami berperasaan sayang dan bangga kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan berusaha menaikkan nama negara. Contohnya menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Bahagian B: Soalan Esei
Bahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan sahaja untuk mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa ..... pelajar digalakkan untuk menjawab baki soalan. Ini kerana pemeriksa akan mengambil 2 markah terbaik daripada 3 soalan tersebut.

Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling tepat. Mengapa perlu 3 nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai 'back up' jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan bertindak sebagai penyelamat.

Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana pemeriksa akan mengabaikan jawapan yang berlebihan bagi sesuatu soalan.

Cara menjawab
Ka + N1. Gn + def (N1)+ t. How/contoh. Why. Seterusnya Ka + N2. Gn + def(N2) + t. How/contoh. Why. Akhir sekali Ka + N3. Gn + def(N3) + t. How/contoh. Why.
Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai.
Formula
Ayat 1 (1 markah): Ka + N.
Ayat 2 (2 markah): Gn + def + t.
Ayat 3 (1 markah): How/contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Ayat 4 (1 markah): Why (mengapa/sebab bertindak demikian)

Contoh
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental. Kanak-kanak juga dilindungi daripada menjadi buruh. Mereka berhak mengikuti pendidikan formal di sekolah dan mereka juga berhak mendapat perhatian istimewa daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga penjaga mereka.
Bincangkan nilai-nilai yang perlu menjadi pegangan setiap orang demi menjamin kehidupan sempurna kanak-kanak.

Ayat 1 (1 markah): Ka + N.
Setiap orang perlu mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak.

Ayat 2 (2 markah): Gn + definisi + t.
Kita/mereka perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna dengan memberi perlindungan kepada kanak-kanak.

Ayat 3 (1 markah): How/contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Ini dapat dilakukan dengan cara memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah.

Ayat 4 (1 markah): Why (mengapa/sebab bertindak demikian)
Ini supaya kanak-kanak dapat menjadi manusia yang berguna bila besar nanti.

Cara menulis jawapan:
Setiap orang perlu mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Kita/mereka perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna dengan memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Ini dapat dilakukan dengan cara memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah. Ini supaya kanak-kanak dapat menjadi manusia yang berguna bila besar nanti.

: Kata Kunci Nilai :

BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI


1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
kk1: yakin wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
kk2: mematuhi suruhanNya..............

1.2 AMANAH
kk1: sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan .........
kk2: sikap bertanggungjawab yang menimbulkan keyakinan ...........

1.3 HARGA DIRI
kk1: keupayaan diri memulia dan menjaga maruah diri
kk2: keyakinan diri memulia dan menjaga maruah diri

1.4 BERTANGGUNGJAWAB
kk1: sanggup memikul tugas sebagai .......
kk2: sanggup melaksanakan kewajipan sebagai .......

1.5 HEMAH TINGGI
kk1: beradap sopan dalam pergaulan
kk2: berbudi pekerti mulia dalam pergaulan

1.6 TOLERANSI
kk1: sanggup bertolak sansur dan sabar untuk elakkan pertelingkahan
kk2: mengawal diri untuk elakkan perselisihan faham

1.7 BERDIKARI
kk1: boleh (melakukan) ............ tanpa bergantung kepada............
kk2: sanggup (melakukan) ............ tanpa bergantung................

l1.8 KERAJINAN
kk1: usaha yang berterusan
kk2: penuh dengan semangat tekun, cekal, gigih, dedikasi, berdaya maju

1.9 KASIH SAYANG
kk1: kepekaan mendalam dari hati yang ikhlas
kk2: perasaan cinta yang berkekalan dari hati yang ikhlas

10 KEADILAN
kk1: tindakan yang saksama
kk2: keputusan yang tidak berat sebelah

1.11 RASIONAL
kk1: boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti
kk2: mengambil tindakan bedasarkan pertimbangan wajar

1.12 KESEDERHANAAN
kk1: tidak keterlaluan dalam pertimbangan dan tindakan/pemikiran/pertuturan/perlakuan
kk2: tidak mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

BIDANG 2 - KEKELUARGAAN

2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
kk1: perasaan cinta yang mendalam terhadap ............(keluarga)
kk2: perasaan kasih/sayang yang berkekalan terhadap .......(kelurga)

2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA
kk1: memuliakan anggota keluarga
kk2: berinteraksi dan layanan yang sopan untuk melahirkan keluarga harmonis

2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN
kk1: menerima, menghormati kebiasaan, adat kepercayaan yang diwarisi keluarga
kk2: mengamalkan kebiasaan adat, kepercayaan yang diwarisi keluarga

2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
kk1: kewajipan untuk melahirkan keluarga bahagia
kk2: kewajipan untuk meningkatkan imej keluarga/menjaga maruah keluarga

BIDANG 3 - ALAM SEKITAR

3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR
kk1: kesedaran memelihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem
kk2: kesedaran memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem

3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
kk1: saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
kk2: berusaha menjamin kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR
kk1: berusaha mengekalkan keseimbangan alam sekeliling
kk2: menjaga alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama

3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR
kk1: prihatin terhadap persoalan berkaitan alam sekeliling
kk2: berusaha menyelesaikan masalah alam sekeliling

BIDANG 4 - PATRIOTISME

4.1 CINTA AKAN NEGARA
kk1: perasaan sayang dan bangga terhadap negara
kk2: meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

4.2 TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA
kk1: kekal patuh kepada raja dan Negara
kk2: kekal setia kepada Raja dan Negara

4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA
kk1: rela melakukan .........../ menyerahkan nyawa demi negara
kk2: menunjukkan tanda kebaktian kepada negara

BIDANG 5 - HAK ASASI

5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK
kk1: membela dan memberi naungan kepada kanak-kanak
kk2: memelihara hak kanak-kanak

5.2 MENGHORMATI HAK WANITA
kk1: melindungi wanita (sebagai penyumbang pembangunan keluarga/masyarakat/negara)
kk2: mengiktiraf wanita (sebagai penyumbang pembangunan keluarga/masyarakat/negara)

5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA
kk1: menghormati dan menghargai pekerja
kk2: mengiktiraf perkhidmatan/jasa/sumbangan pekerja dalam pembangunan Negara

5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA
kk1: memberi layanan bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih
kk2: mengiktiraf golongan ini sebagai insan ciptaan Tuhan

5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA
kk1: membela hak untuk menjadi pengguna berilmu/tidak mudah dieksploitasi
kk2: memelihara hak pengguna untuk mendapat perkhidmatan/barangan yang berkualiti

BIDANG 6 - DEMOKRASI

6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
kk1: menerima peraturan dan undang-undang yang ditetapkan
kk2: mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan

6.2 KEBEBASAN BERSUARA
kk1: bebas berucap dengan batasan demi keselamatan
kk2: mengeluarkan fikiran dengan batasan demi keselamatan

6.3 KEBEBASAN BERAGAMA
kk1: bebas menganut agama seperti ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia
kk2: bebas mengamalkan agama seperti ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia

6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
kk1: bebas libatkan diri dalam aktiviti pembangunan negara
kk2: pastikan aktiviti mematuhi peraturan,undang-undang dan Perlembagaan Malaysia

6.5 SIKAP KETERBUKAAN
kk1: sedia memberi pandangan, pembaharuan dan kritikan
kk2: sedia menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan

BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN
kk1: hidup berbaik-baik antara satu sama lain
kk2: utamakan kedamaian dan keharmonian hidup

7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA
kk1: usaha baik dilakukan bersama (pada peringkat individu/komuniti/negara)
kk2: usaha yang membina dilakukan bersama (pada peringkat individu/komuniti/negara)

7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA
kk1: menghargai hubungan antara negara
kk2: memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan

: Senarai Nilai Moral :

BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI

1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara


1.2 AMANAH

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain


1.3 HARGA DIRI
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan


1.4 BERTANGGUNGJAWAB
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

1.5 HEMAH TINGGI
Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

1.6 TOLERANSI
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup


1.7 BERDIKARI
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

1.8 KERAJINAN
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara

1.9 KASIH SAYANG
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

1.10 KEADILAN
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

1.11 RASIONAL
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar


1.12 KESEDERHANAAN
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain


BIDANG 2 - KEKELUARGAAN

2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis

2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga

2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga


BIDANG 3 - ALAM SEKITAR

3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem

3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara

3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup


3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya


BIDANG 4 - PATRIOTISME

4.1 CINTA AKAN NEGARA
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri


4.2 TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARA
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara

4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara

BIDANG 5 - HAK ASASI

5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna


5.2 MENGHORMATI HAK WANITA
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara

5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara
 

5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA
Memberi layanan yang bersopan kepada golonga kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan


5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi

BIDANG 6 - DEMOKRASI

6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada


6.2 KEBEBASAN BERSUARA

Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

6.3 KEBEBASAN BERAGAMA
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia


6.5 SIKAP KETERBUKAAN
Bersedia memberi dan menerima pendangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia


BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
 

7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat


7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat

: SMK Taman Nusa Jaya :

   

                Sekolah ini mula beroperasi pada 16 Jun 2004. Dilancarkan pembukaannya oleh En. Wahab bin Sungib Ketua Sektor Pengurusan Akademik,Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Sekolah ini dibina di atas tapak Lot PTD1288 & 1292, Bandar Nusa Jaya, Mukim Jelutong Johor Bahru,Johor. Keluasan tapaknya ialah 9 ekar. Kerja-kerja asas pembinaan telah dimulakan pada 1 Oktober 2000. Seroja Engineering Sdn. Bhd Shah Alam adalah pemaju yang dipertanggungjawabkan membina sekolah ini. Perunding reka bentuk dihasilkan olen Budiman Ismail Consulting Engineer, Desa Pandan Kuala Lumpur. Sekolah ini dibina mengikut konsep “design & Build” dan siap sepenuhnya pada 28 Ogos 2003.

             Sekolah ini pada mulanya diberi nama SMK Nusantara. Tapak pembinaan adalah berhadapan dengan Rumah Pangsa Rakyat Bukit Tempurung. Atas sebab tertentu, pihak pemaju telah memindahkan pembinaannya sebanyak dua kali sebelum menetapkannya bersebelahan tanah perkuburan cina. Nama sekolah ini telah ditukarkan kepada SMK Taman Nusa Jaya disebabkan masalah tuntutan. Setelah siap sepenuhnya sekolah ini ditadbirkan oleh seorang penyelaras iaitu Puan Wan Intan binti Wan Chik. Pengetua Pertama iaitu Tuan Haji Madon bin ridzuan mengambil alih pada 1 Januari 2004. Walau  bagaimanapun beliau menumpang di SMK Gelang Patah sehinggalah bangunan ini diserahkan kepada Bahagian Pembangunan JPNJ pada 6 Jun 2004. Seramai 118 pelajar tingkatan 1 dan 2 serta 11 orang guru menjadi perintis asas di sekolah ini. Kesemua pelajar tersebut adalah pelajar SMK Gelang Patah yang tinggal di kawasan Kg Ulu Pulai, Kg Pulai, Kg Bukit Tempurung dan Taman Nusa Perintis.